Sukan dan Perpaduan

 



POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH

KOD KURSUS: MPU21032

TAJUK: Sukan dan Perpaduan

NAMA PENSYARAH: Puan Fareeha Nabila Binti Putra

KELAS: DHM 1A&B


NAMA AHLI KUMPULAN:

1. MOHD NIZAR SYAHMI BIN IRWAN SYAH (07DHM20F2024)
2. AWANGKU MOHD NAJIB BIN TUAH (07DHM20F2033)
3. NURUL AMISAH BINTI JASNI (07DHM20F2023)
4. NATALIE LANG HAI WEN (07DHM20F2011)


SENARAI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF
3. PENGENALAN 
4. HURAIAN DAN ISI
5. PERNYATAAN MASALAH
6. KESIMPULAN
7. RUJUKAN 


PENGHARGAAN

            Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan folio dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fareeha Nabila Binti Putra yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini, Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. 

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan folio ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar sama-sama menjadi insan yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.


OBJEKTIF

  Folio ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah satu instrumen dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia. Folio ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap patriotisma dapat dibentuk dalam diri individu dan masyarakat. Ia juga menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini demikian kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiga kaum utama serta rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu berdasarkan atas prinsip prinsip Rukun Negara dan pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan rakyat. Salah satu kaedah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia ialah sukan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia amat meminati sukan. Bola sepak, bola tampar, badminton, bola keranjang, ren ang, futsal merupakan sukan yang paling popular di negara kita. Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini meminati sukan. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur sukan kepada orang ramai. Kini, padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan yang lain dibina di kawasan tertentu. Kesediaan pihak kerajaan berbuat demikian adalah atas kesedaran bahawa sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara.


HURAIAN DAN ISI





Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.         
                                                 
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

 Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM. Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.

 Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
 
Menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.
 
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas. Sehubungan dengan itu, kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat. Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.
 
Sukan harus menjadi subjek wajib di sekolah. Pelajar hari ini mempunyai gaya hidup yang tidak menentu. Mereka menghabiskan kebanyakan masa mereka di dalam kelas dan rumah. Tekanan mereka semakin meningkat akibat ujian yang diberi oleh guru dan harapan yang tinggi daripada ibu bapa mereka. Justeru, Kementerian Pendidikan harus menetapkan sukan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Dengan itu, pelajar boleh meluangkan masa untuk mengadakan aktiviti sukan di padang dan luar dari kelas agar dapat menjamin kesihatan mereka.
Selain itu, sukan juga sangat penting bagi kesihatan kita. Bersukan boleh menguatkan otot dan tulang kita serta membolehkan jantung dan paru-paru berfungsi dengan lebih baik. Bersukan juga meningkatkan peredaran darah. Pada masa yang sama, tubuh boleh mengeluarkan karbon dioksida yang berbahaya dengan lancar. Oleh itu, kita dapat dicegah penyakit seperti SARS, flu burung dan sebagainya.

Tambahan pula, sukan dapat membantu pelajar mengurangkan tekanan. Kini, jumlah orang yang menghadapi tekanan semakin meningkat. Aktiviti sukan membolehkan seseorang memperoleh tidur yang lebih lena. Seseorang akan bersemangat sekiranya dapat tidur dengan baik. Pemikiran akan menjadi tenang dan segar sekiranya dapat tidur dengan lena.

Sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat menggunakan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mereka tidak akan menghabiskan berjam-jam untuk menonton program TV, bermain permainan komputer dan bergosip melalui telefon dengan rakan-rakan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka menjalankan aktiviti sukan, mereka akan menghabiskan masa lebih bermanfaat dengan melakukan latihan sukan di taman atau gym dengan rakan-rakan mereka. Sebuah badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat. Sukan juga boleh mengelakkan remaja daripada melepak di kompleks membeli-belah tanpa tujuan.



PERNYATAAN MASALAH


Rakyat Malaysia percaya bahawa bersenam hanyalah aktiviti rekreasi yang bertujuan untuk memberikan kesihatan yang baik. Di sebalik aktiviti sukan, ada faedah lain yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Sukan juga merupakan salah satu alat untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan  sukan juga  merupakan agen  perpaduan hal ini kerana dengan sukan kita dapat menyatupadukan rakyat.

Aktiviti bersukan juga dapat menerapkan sikap disiplin serta integriti dalam kalangan peserta pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat bahawa terdapat interaksi antara kaum dalam aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak. Sukan ini digemari oleh semua lapisan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Dalam bola sepak, kita dapat melihat penyertaan pelbagai kaum, iaitu orang Melayu, Cina dan India. Dari sini, kita dapat melihat bahawa dari perspektif perpaduan, aktiviti sukan dijalankan bersama antara pelbagai kaum, dan membina perpaduan melalui sukan bukanlah perkara baru. Ini bermaksud acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli kumpulan tanpa mengira kepercayaan masing-masing  warna kulit . jikalau  masing-masing boleh membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan yang berlainan bangsa, semestinya kumpulan sukan tersebut mampu  melangkah lebih jauh serta mencapai kemenangan dan mengarumkan nama Malaysia. Selain itu, sukan juga telah dimasukkan ke dalam agenda dasar nasional untuk memperkuat kemasukan sosial dan pembangunan sumber manusia dalam masyarakat. Oleh itu, dalam kajian ini akan ditentukan sama ada perpaduan dapat dibentuk dalam aktiviti sukan. Di samping itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan bahawa interaksi yang membawa kepada aktiviti fizikal di kalangan pelajar kolej dapat membentuk perpaduan.


KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan sukan adalah aspek penting dalam mempromosikan perpaduan antara kaum. Sukan amat baik untukkesihatan kerana ianya dapat mencerdaskan otak dan mercegaskan anggota badan selan menyatupadukan pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Sukan juga tidak pernah mengira latak belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Pada peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah yang positif, kesedaran diri dan bedaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasaan fizikan menerusi penggunaan masa lapang secara befaedah.

Seterusnya pada peringkat masyarakat pula sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara kaum, peningkatan semangat kesukarelaan penyertaan, kejasama serta sokongan. Selain itu, kerajaan dan pihak-pihak terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan yang merupakan satu satu agen menyatupadukan masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing dan dapat meningkatkan kecemerlangan imej negara serta sukan  juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.


RUJUKAN

Unknown (2014). Sukan Di Malaysia. Blogspot
Arkib sukan, 1992, Majlis Sukan Negara Malaysia
Wikipedia sukan, ensiklopedia bebas 


Comments